Home » Citra Yadim » YADIM mulakan ziarah 360 agensi

YADIM mulakan ziarah 360 agensi

Antara jemaah yang hadir mengikuti Program Kembara 360 Agensi

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Program Kembara 360 agensi anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah pun memulakan siri jelajahnya dengan mengadakan program bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Masjid Bukit Aman hari ini. Program dimulakan dengan Solat Sunat Tasbih yang dipimpin oleh Saudari Norsyafinaz Sulaiman yang merupakan Felo Muda Dakwah YADIM.

Program yang dihadiri oleh lebih kurang 60 orang ahli PERKEP itu merupakan salah satu usaha YADIM untuk mendekatkan diri dengan masyarakat khususnya di dalam bulan Ramadhan ini. Program ini akan melibatkan 360 agensi swasta dan kerajaan seluruh negara.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Saudari Norsyafinaz, beliau menekankan supaya setiap muslim yang berpuasa wajib memelihara segala anggota zahir dan batin bagi mencapai darjat puasa yang tertinggi di sisi Allah SWT.

Selain memelihara lidah daripada berkata-kata atau bercakap tentang sesuatu yang melalaikan. Mencaci, mengeji, mengumpat dan mengata orang akan menyebabkan kurangnya pahala puasa seorang muslim.

Beliau juga menyentuh tentang penjagaan aurat yang sepatutnya dititikberatkan bukan sahaja di bulan Ramadhan. Ini kerana penutupan aurat merupakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan boleh mengundang kehilangan pahala puasa kerana dosa mengabaikan perintah menutup aurat.

Selain di Bukit Aman, program ini turut dianjurkan serentak di Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Pengurus Besar Operasi YADIM dan di Istana Budaya bersama pegawai dan kakitangan Istana Budaya yang disampaikan Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Eksekutif Kanan YADIM. Sementara itu, kembara ini juga berlangsung di Lembaga Hasil Dalam Negeri Johor Bahru dan Pusat Pemulihan Tunas Bakti, Kuching, Sarawak.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *