Home » Citra Yadim » YADIM Naib Johan perarakan Maulidur Rasul 2019

YADIM Naib Johan perarakan Maulidur Rasul 2019

KUALA LUMPUR – Kontinjen Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019/1441 di sini, telah merangkul gelaran Naib Johan.

Dengan kemenangan dalam kategori Agensi Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, YADIM membawa pulang hadiah RM4,000. Kontinjen Tabung Haji muncul johan kategori ini.

Seramai 40 orang kakitangan YADIM, diketuai Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Zamani Mohd Karulani menyertai perarakan hari ini yang diadakan di Axiata Arena di sini.

Seawal jam 6 pagi, kakitangan YADIM yang segak dan lengkap berbaju Melayu berwarna kuning serta tanda nama Jawi, telah berkumpul di kawasan sambutan.

Mereka menyertai 100 kontinjen dari pelbagai kementerian, agensi dan badan berkanun, memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan Negara Rahmah Ummah Sejahtera.

Seramai 8,000 peserta menyertai program hari ini yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019.

Beliau menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *