Home » Citra Yadim » YADIM terima kunjungan MACMA

YADIM terima kunjungan MACMA

Dr Taufik (baju hitam) menerangkan sesuatu semasa kunjungannya ke YADIM

PUTRAJAYA – Hubungan erat dengan Badan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) akan kekal menjadi fokus Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Perkara tersebut ditegaskan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, ketika menerima lawatan dari MACMA di pejabatnya di sini semalam (19 Februari 2019).

“Untuk beri kesan maksimum kita perlu bekerjasama, dalam konteks dakwah kepada masyarakat Cina, maka kerjasama itu perlu dengan orang Cina itu sendiri, justeru memang satu keperluan MACMA dan YADIM bekerjasama.

“Sebab mereka lebih tahu tentang adab dan budaya mansyarakat itu sendiri,”jelas beliau.

Delegasi MACMA di ketuai oleh Presidennya, Prof Dr Taufik Yap Yun Hin, Timbalannya, Sharin Low serta setiausaha, Nurul Nadirah.

Lawatan berkenaan bertujuan menerangkan gerak kerja MACMA, selain merapatkan hubungan sedia ada, dan membincangkan kerjasama yang boleh dibentuk pada masa akan datang.

Turut diterangkan ialah projek projek yang sedang dilaksanakan MACMA seperti penterjemahan Al Quran dalam Bahasa Cina, pengumpulan dana untuk pembinaan masjid dan sebagainya.

MACMA turut mengambil kesempatan menjelaskan beberapa salah faham di kalangan orang Islam tentang budaya masyarakat Cina, terutamanya apabila sudah memeluk Islam.

“Menggaul Yee Sang sebagai contoh, sebenarnya adalah suatu budaya, bukan acara keagamaan, malah Yee Sang dimulakan di Malaysia, sebelum diikuti oleh beberapa negara lain yang memiliki populasi masyarakat Cina yang besar seperti Singapura dan Taiwan.

“Ketika satu majlis makan dengan Duta China, dia juga mengakui menggaul Yee Sang tidak terdapat di negaranya,” jelas Dr Taufik.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *