Home » Citra Yadim » Sumbangan YADIM Sabah untuk PPS SK Tamau

Sumbangan YADIM Sabah untuk PPS SK Tamau

KOTA BELUD – Usaha menyantuni mangsa banjir di negeri ini kekal dilaksanakan secara konsisten oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.

Pada 19 Januari, YADIM Sabah telah berkunjung ke Pusat Pemindahan Sementara, Sekolah Kebangsaan Tamau di sini.

Sebanyak 36 set makanan dan barangan penjagaan kebersihan diserahkan di pusat tersebut yang memanfaatkan 165 penghuninya.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Sabah, Samin Ongki.

Selesai acara ringkas di pusat berkenaan, Samin dan kakitangan badan dakwah ini menziarahi lapan kediaman mangsa banjir di Kampung Tamau dan menyerahkan sumbangan YADIM kepada mereka.

Bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai juga menyumbangkan wang tunai untuk menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *