Home » Citra Yadim » YADIM Pahang santuni pemandu teksi dan kereta sewa Kuantan

YADIM Pahang santuni pemandu teksi dan kereta sewa Kuantan

KUANTAN – Pemandu teksi dan kereta sewa adalah antara kumpulan yang teruk terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Menyedari hakikat tersebut, pada 24 Februari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang tampil menyantuni anggota Persatuan Pemilik Permit dan Pemandu Teksi/ Kereta Sewa Daerah Kuantan di pejabat mereka berdekatan bangunan UTC dan Stadium Darul Makmur di sini.
Sebanyak 44 set kit Musaadah Covid-19 YADIM disampaikan kepaada pengerusi persatuan iaitu Haji Ahmad Zabidi Zainuddin untuk diagihkan kepada ahli ahlinya.
Turut disampaikan ialah 44 naskhah buku terbitan YADIM bertajuk Hamba Terpilih ; Monolog Hamba Menghadapi Musibah tulisan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.
Kit Musaadah Covid tersebut mengandungi beras 5 kilogram, biskut, tepung gandum, gula, sos cili, kicap, kordial dan bihun.
Kepada yang ingin turut membantu para pemandu teksi dan kereta sewa ini boleh menghubungi Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut, Abdul Rahim Harun di talian 012-981 4027.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *