Home » Citra Yadim » “Bulan lepas tak diberi gaji, bulan ini pula diberi cuti.”

“Bulan lepas tak diberi gaji, bulan ini pula diberi cuti.”

AMANJAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada semua.

Bukan sahaja dipotong gaji dan dikurangkan elaun, malah ramai yang kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup.

Mohd Zamri Hussain, 37, dari sini merupakan bapa kepada dua orang puteri comel. Beliau adalah pekerja kilang di kawasan perusahaan Sungai Petani, yang terjejas secara langsung akibat pandemic yang melanda negara ketika ini.

“Camnila (Beginilah) kehidupan lani (sekarang) bang, bulan lepas qeja (kerja), tapi tak dapat gaji, bulan ini pula diberi cuti.

“Kami takpa asalkan perut anak tetap beralas,” ujar Zamri berkongsi kisah kepada kami.

“Kalau ada gaji, sekurang kurangnya dapatlah kami beli atau tambah barang keperluan sikit di dapur.

Zamri merupakan antara empat pemohon Telebantuan YADIM yang disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 9 Ogos.

YADIM kini dalam fasa mengagihkan bantuan kepada para pemohon TeleBantuan, sebuah inisiatif membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *