YADIM – Makhatertakfir Iran usaha bantu tangani ekstremisme

PUTRAJAYA – Sekretariat Makhatertakfir dari Iran berhasrat menjalin kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha menangani ekstremisme. Ketua Umumnya Dr. Mohammad Hassan Zamani berkata, usaha ini akan memfokuskan kepada kemanusiaan dan keamanan kerana mahu menonjolkan Islam itu sebagai agama rahmah tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Hasrat tersebut disampaikan Mohammad Hassan dalam kunjungan […]

KORY 2.0 memasyarakatkan YADIM dengan penduduk Besut

JABI – Merapatkan hubungan antara agensi agama Islam dan masyarakat dilihat penting sebagai salah satu cara penyebaran dakwah yang berkesan. Ia juga perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan objektifnya tercapai. Bagi mencapai tujuan tersebut pada 11 Januari lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan program Komuniti Rahmah Bersama YADIM (KORY) 2.0 di sekitar […]

Ziarah mangsa kebakaran di Bunut Susu.

PASIR MAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini, terutamanya yang ditimpa musibah. Bertempat di Kampung Paya Ular, Bechah Semak, Tendong di sini, sebuah keluarga yang kehilangan tempat berteduh mereka akibat kebakaran telah disantuni YADIM Kelantan pada 14 Januari. Sebagai membantu meringankan beban, keluarga […]

Pelancaran SAR daerah Besut, DUN Jabi dan DUN Hulu Besut

JABI – Selaras dengan usaha menyebarkan dakwah menerusi gerakan aktiviti komuniti dan kesukarelawanan, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) telah melebarkan lagi sayapnya di Terengganu. Bertempat di Masjid Kampung Jabi di sini, satu majlis pelancaran pasukan SAR untuk daerah Besut, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi dan DUN Hulu Besut telah diadakan pada 11 Januari lalu. […]

Wakaf sebagai sumber ekonomi utama Islam

PUTRAJAYA – Amalan berwakaf hari ini perlu diiktiraf sebagai kuasa dan sumber ekonomi utama umat Islam sekiranya mahu melihat potensinya digunakan sepenuhnya. Presiden Majlis Permuafakatan Wakaf Antarabangsa, Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff berkata, wakaf ketika ini tidak boleh dilihat sebagai sumber ekonomi ketiga selepas kerajaan dan swasta, sebaliknya ianya merupakan yang utama sekali. “Semua […]

Pencarian calon-calon Dai’e sebagai Penggerak Komuniti YADIM di kawasan Parlimen

Jom Sertai Sukarelawan Dakwah YADIM sebagai PENGGERAK KOMUNITI YADIM di kawasan Parlimen anda : Tawaran terbuka kepada para dai’e di setiap kawasan parlimen (222 kawasan) untuk menyertai sukarelawan dakwah YADIM yang dinamakan PENGGERAK KOMUNITI YADIM. Fungsi dan Peranan Penggerak Komuniti YADIM: 1. Sebagai penceramah sambilan dan pentazkirah jemputan dalam program-program operasi dakwah YADIM di negeri […]

Tadabbur Al Quran, kunjungan Syeikh Ali Soleh ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menerima kunjungan banyak pihak dan individu yang menawarkan pelbagai bentuk kerjasama  dengan mereka. Terbaharu pada 10 Januari, Syeikh Ali Soleh dari Yayasan Syeikh Ali Jaber, Jakarta telah hadir ke YADIM bagi tujuan tersebut. Mengiringi beliau ialah pengurusan MZ Academy, sebuah badan bukan kerajaan Islam dari Singapura. Menerusi […]

Pencarian DMY diteruskan

PUTRAJAYA – Anda petah berkata kata dan ada aura serta gaya seorang pemimpin ? Beraspirasi untuk berdakwah dalam persekitaran dunia penuh cabaran ini ? Jika ya, maka anda lah yang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cari sebagai Daie Muda YADIM (DMY). Sebagai DMY anda bukan sahaja berperanan berdakwah secara konvensional, malah sebagai daie gerak kerja […]

YADIM – Kesatuan Ulama Islam Sedunia tandatangani perjanjian

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengorak langkah besar dalam usahanya melaksanakan gerak kerja dakwah apabila menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). Perjanjian bersejarah itu ditandatangani pada 7 Januari dalam lawatan Ketua KUIS, Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni ke ibu pejabat YADIM di sini. Tujuan utama perjanjian ini ialah untuk kelangsungan […]

YADIM-MTCA terus kukuhkan hubungan kerjasama

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysian Turkey Culture Association (MTCA) sepakat untuk mempelbagai dan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara dua organisasi ini. Demikian hasil pertemuan dalam kunjungan MTCA ke ibu pejabat YADIM di sini pada 6 Januari. Pertemuan selama kira kira dua jam itu membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh membawa […]