YADIM sebar Rahmattan Lil Alamin

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan berperanan dan bertanggungjawab menyebarkan konsep Rahmattan Lil Alamin, kata Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Menurutnya, ia selari dengan hasrat kerajaan yang mahu mengaplikasikan konsep tersebut dalam urusan pentadbiran negara. “Dalam pentadbiran , kita akan saling menasihati sesama agensi, kerajaan memang mahu […]

Perjelas Islam yang sebenar

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Islam yang sebenar dijelaskan kepada rakyat. “Ia (Islam yang sebenar) berdasarkan kepada Al Quran dan hadis sahih, sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhamad SAW,” kata beliau. Nik Omar berkata […]

Peluang bantu pelajar sekolah agama di Perak

PUTRAJAYA – Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Perak, menyatakan hasrat mendapatkan bantuan dan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dalam memperkasakan para pelajar sekolah agama di negeri itu. Ketua Penolong Pengarahnya, Ahmad Lutfi Abu Bakar berkata, sesuai dengan kepakaran dan program-program yang dimiliki YADIM, pihaknya melihat ada banyak peluang untuk kedua pihak ini […]

‘Pilot Project’’Cuci Cuci di Negeri Sembilan

MAMBAU – Surau Ar Raudhah di Taman Kelab Tuanku di sini, telah dipilih sebagai lokasi pertama program Cuci Cuci Sukarelawan Al Falah (SAF) Negeri Sembilan. Seramai 10 anggota SAF Negeri Sembilan serta kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melakukan kerja kerja pembersihan surau pada 9 Disember lalu. Usaha dakwah komuniti ini adalah program kerjasama […]

205 orang sertai Kem Khalifah Muda di Balik Pulau

BALIK PULAU – Bertempat di kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort, Balik Pulau di sini pada 24 dan 25 Novembr lalu, telah berlangsung Kem Khalifah Muda 2018 yang telah disertai seramai 205 peserta. Ia merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Sekolah Latihan Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Alor Setar, Kedah. […]

Program Pengurusan Jenazah untuk pembantu makmal

PORT DICKSON – Pasukan Sukarelawan Al Falah (SAF) Negeri Sembilan baru baru ini telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah, Kelab Sains dan Inovasi Daerah Port Dikson pada 29 November lalu di sini. Program yang mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson itu telah disertai oleh seramai 60 orang peserta, yang terdiri daripada pembantu makmal sekolah […]

Ijtimak Dewan Cheng Ho

PUTRAJAYA – Dewan Cheng Ho – Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Ijtimak Dewan Cheng Ho 2018: Perhimpunan Ahli-Ahli Dewan Cheng Ho MDN pada 13 Disember (Khamis) ini. Program ini akan diadakan di Bilik Latihan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Ijtimak Dewan Cheng Ho ini bertujuan […]

Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0

KUALA PILAH – Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di sini, telah menghimpunkan seramai 530 para pelajar matrikulasi dari seluruh negara untuk program Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0. Ia merupakan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para pelajar dari 15 Kolej Matrikulasi ini telah berhimpun […]

Wacana Rakan Wanita

KUALA LUMPUR – Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bakal menganjurkan program Wacana Rakan Wanita pada 15 Disember ini (Sabtu). Ia merupakan satu program berbentuk wacana dengan tajuk ‘Wawasan Baru Perjuangan Wanita Islam di Malaysia’ yang akan disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zohdi Ab Majid, Pengerusi […]

YADIM kekal MS ISO 9001:2015

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (YADIM) telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015 selepas menjalani proses audit dengan AJA EQS CERTIFICATION (M) Sdn. Bhd (AJA)  hari ini (6 Disember). Hasil audit menunjukkan Tiada Sebarang Ketidakpatuhan (NCR) dan sebanyak lima Peluang Penambahbaikan (OFI). Ia merupakan satu lonjakan ketara berbanding audit tahun lepas, apabila ia menemukan […]