Home » Langit Terbuka » Imam Besar Masjid Negara terima Ijazah Kehormat UniSZA

Imam Besar Masjid Negara terima Ijazah Kehormat UniSZA

Pengurniaan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengajian al-Quran itu disempurnakan oleh Sultanah Terengganu yang juga Canselor UniSZA, Sultanah Nur Zahirah - Kosmo

KUALA TERENGGANU – Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, 74, hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian al-Quran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ia sebagai pengiktirafan kepada sumbangan serta ketokohannya sepanjang 36 tahun dalam bidang musabaqah tilawah dan hafazan di negara ini.

Pengurniaan anugerah itu disempurnakan oleh Sultanah Terengganu yang juga Canselor UniSZA, Sultanah Nur Zahirah dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 universiti tersebut di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah di sini.

Syaikh Ismail yang dilahirkan di Kampung Padang Pulut, Dungun aktif dalam pengadilan musabaqah peringkat antarabangsa dan merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak 2010 hingga kini.

Beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2010, dan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015.

Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Yang hadir sama, Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

Seramai 2,836 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen itu bermula hari ini hingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 62 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, sarjana (134 graduan) manakala baki 2,640 adalah sarjana muda dan diploma.

Sementara itu, dua graduan Anugerah Pelajaran Diraja iaitu Muhamad Amir Zainudin (Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab) dan Ong Ying Qian (Sarjana Muda Diatetik). – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *