Home » Langit Terbuka » MPN baharu diwujudkan

MPN baharu diwujudkan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Majlis Profesor Negara baharu itu akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan semula Majlis Profesor Negara (MPN) dengan struktur dan keahlian baharu serta bebas daripada unsur-unsur politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, MPN baharu itu akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

“Kita memang berhasrat mewujudkan MPN yang betul-betul bebas dan membantu kerajaan bukan menjadi jurucakap berkempen untuk kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada

Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai nasib kakitangan MPN yang diberhentikan, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Hanipa juga berkata, kakitangan MPN yang diberhentikan dijanjikan bayaran pampasan.-Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *