Home » Langit Terbuka » Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad

Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara, begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengawasi kandungan yang dimuatnaik ke media sosial. - Foto FMT

IPOH – Kerajaan sedia bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memperhalusi cadangan untuk memperketat kandungan yang dimuat naik di media sosial yang kini dilihat menjurus kepada pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam, khususnya dari golongan liberal dan murtad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri menegaskan pihaknya juga sedia untuk mengadakan sesi dialog dengan golongan liberal dan murtad yang mempunyai kemusykilan berkaitan agama Islam.

“Yang itu perlu kepada perbincangan lebih lanjut lagi. Kami akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara, begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sebahagiannya kami telah bincang, tetapi lebih tepat lagi perlu diperhalusi pelbagai isu dan solusi yang lain.

“InsyaAllah kita akan cuba kemukakan sebuah jawapan, apa-apa yang berkaitan dengan kekeliruan tentang Islam, untuk diberi pencerahan dan penerangan kepada masyarakat. Kita sedia berdialog dan berbincang dengan harmoni supaya masing-masing dapat hormati satu sama lain,” katanya.

Dr Zulkifli berkata demikian pada 12 Ogos sebagai mengulas isu berkaitan golongan liberal dan murtad yang dilihat semakin berleluasa dan berani mengeluarkan pendapat bertentangan dengan Islam di media sosial. – Astro Awani

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *