Home » Citra Yadim » program MPP Perdana Camp Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Timur

program MPP Perdana Camp Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Timur

PEMBANGUNAN Jati diri golongan belia sentiasa menjadi tumpuan YADIM.
Program terbaharu bersama mereka menyaksikan seramai 108 pelajar menyertai program MPP Perdana Camp Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Timur di Kem Wawasan Negara Kuala Lipis Pahang.
Selain peserta dikalangan Majlis Perwakilan Pelajar ILKBS, turut menyertai ialah Rakan Belia YADIM di bawah Exco Kerohanian Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) ILKBS.
Berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober, ia menghimpunkan pimpinan pelajar dari 6 ILKBS di Zon Timur yang merupakan kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan YADIM Pahang.
Para peserta diberi latihan dan pengisian dalam dan luar kelas bagi memberi impak sebaik mungkin kepada mereka.
YADIM turut terlibat memberi pengisian menerusi slot Slot Khas Madani “Memahami Teras Prihatin dalam konteks Malaysia Madani” disampaikan Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengakaderan, Kapten Shamsuddin Moner dan Kuliah Subuh oleh Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA, Ustaz Muhammad Hafiz Mohammad Baba.
Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda merasmikan penutupan program yang turut dihadiri Penolong Pengarah Kanan,
Cawangan Pembangunan Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Hajah Mahanum Harun, Ketua Kem Wawasan Negara Kuala Lipis Pahang, Tuan Muhammad Dahri Zakaria dan Ketua Unit Belia, Bahagian KEMUDA YADIM, Puan Nurul Ashikin Zakaria.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *