Home » Citra Yadim » Program Pemukiman Daie Muda 2023

Program Pemukiman Daie Muda 2023

BERAKHIRNYA Program Akademi Daie Muda YADIM saban tahun bukan bermakna perjalanan dan ukhuwwah mereka juga tamat.
Sebaliknya YADIM sentiasa berusaha memastikan hubungan antara kesemua mereka kekal terjalin.
Menerusi Pertubuhan Alumni Daie Muda dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Duat, seramai 70 peserta daripada kalangan alumni Daie Muda YADIM siri satu hingga lima telah menyertai program Pemukiman Daie Muda 2023 pada 18 November.
Menariknya, program ini juga dianjurkan melibatkan ahli keluarga para alumni Daie Muda YADIM yang hadir.
Program sehari di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat itu diberi pengisian seperti sesi Tausiyah Buat Hati bersama juri mereka, Ustaz Mohamad Zarifi, solat Zohor dan Asar berjemaah, aktiviti luar kelas dan bersukan.
Perasmian penutup program disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Semoga persahabatan yang terjalin akan kekal terjalin dan alumni Daie Muda YADIM ini akan terus dapat menyumbang kepada YADIM dan usaha melahirkan pelapis pendakwah negara.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *