Home » Citra Yadim » Saudara baharu di Melaka disantuni

Saudara baharu di Melaka disantuni

JASIN – Saudara baharu adalah antara golongan yang seharusnya selalu didekati untuk disantuni agar mereka tidak merasa tersisih.

Justeru pada 11 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka dengan kerjasama Perkim Melaka, Sahabat Amal Melaka dan MyFundAction telah mengadakan program Ziarah Mahabah Saudara Muslim di sekitar Merlimau di sini.

Sebanyak 30 kotak rezeki (pek sumbangan) disampaikan melalui program ini. Turut menerima sumbangan ialah dari kalangan saudara muslim, ibu tunggal, miskin, golongan B40 dan anak yatim.

Antara yang turun padang menyantuni golongan ini ialah Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Melaka, Yang Berbahagia Datuk Haji Abu Pit, Pengerusi Perkim Cawangan Seri Merlimau, Sidang Mokhtar Ajman, Pegawai Kerja dan Dakwah Perkim Melaka,Rukiah Sungip dan wakil Sahabat Amal Care, Mohamad Nazreen Zulkafli.

Terlibat sama ialah Ketua Pasukan Wanita Perkim Melaka Puan Sabariah, Pengerusi Sukarelawan YOSH MyFundAction, Nurul Hidayah Jamaludin dan Sukarelawan YADIM Masjid Al Ghaffar, Jasin yang juga Pegawai Jabatan Agama Daerah Jasin, Tuan Haji Abd Manap Haji Mohamad. Abd Manap turut menyampaikan tazkirah dalam majlis tersebut.

Pada masa yang sama, turut diadakan program Tahsin Solat Saudara Muslim dan Sahabat Orang Asli di Masjid Al Ghaffar.

Seramai 35 peserta dari kalangan saudara baharu dan masyarakat Orang Asli sekitar Jasin menyertai program ini. Antara tenaga pengajar yang terlibat ialah Ustaz Fadhil Nor Azman. Hadir sama ialah Ustaz Aizat Adam dari JAIM.

Program ini mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, pertubuhan pertubuhan  Islam bukan kerajaan, masyarakat Islam Orang Ssli setempat dan Masjid Al Ghaffar.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *