Banyak tanda ada, sedikit tanda ingat

KUCHING – Program menyantuni masyarakat di lapangan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, Kongsi Rezeki diteruskan untuk minggu kedua. Kali ini kakitangan YADIM Sarawak dan Sukarelawan YADIM menyantuni petugas-petugas kebersihan, gelandangan, tukang kasut, penjaja kecil dan golongan kurang upaya. Turut disantuni ialah penghantar makanan Grab Food dan Food Panda. Antara lokasi program hari ini […]

YADIM Sarawak serah sumbangan kepada surau terbakar

KUCHING – Yayasana Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak yang diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Zamri Bali dan Subri Rafaee pada 10 Oktober telah menyampaikan sumbangan kepada Surau Darul Fadzlillah, Kampung Gita Laut di sini yang mengalami musibah kebakaran semalam. Menerima sumbangan bernilai RM500 itu bagi pihak surau ialah pengerusinya, Mahari Leng. Antara peralatan surau yang musnah […]

Qurban Jamaie bersama NGO Islam di Bahagian Miri dan Bahagian Sibu, Sarawak

MIRI – Selepas Saratok, program Qurban Jamaie anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diadakan di Miri pula, yang turut melibatkan rakan-rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam pada 1 Ogos 2020. Antara NGO berkenaan ialah Sukarelawan Ar-Rahmah Miri, Urusetia Saudara Kita Miri dan Bekenu, Yayasan Ikhlas, Biro Dakwah Masjid At-Taqwa Miri, Persatuan Melayu Miri, […]

Qurban Jama’ie Yadim di Saratok

SARATOK – Sebanyak 14 badan bukan kerajaan dan institusi Islam menyertai Majlis Ibadah Qurban Jama’ie Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan NGO Islam Daerah Saratok di Masjid Al-Muhtadin di sini pada 1 Ogos lalu. Mereka yang terlibat ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok,Hikmah Bahagian Betong, Urusetia Saudara Kita Saratok, Yayasan Ikhlas, Muslim Volunteer Malaysia,Sukarelawan Hikmah, […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak, 4 hingga 5 Jun 2020

SARIKEI – Bahagian ini menjadi lokasi seterusnya penganjuran program Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini. Program yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Jun ini menyantuni seramai 77 keluarga di Bintangor, Skim B, Sungai Tulai , Sungai Kawi, Kelupu dan Sare di sini. Kesemua yang disantuni menerima sumbangan […]

Covid-19 YADIM Sarawak di Betong

BETONG – Sebanyak 30 pek sumbangan untuk golongan yang memerlukan disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, di sini pada 9 Mei. Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, antara lokasi penyerahan ialah di Kampung Gerigat di sini yang melibatkan 16 keluarga, Kampung Nyabor (9 keluarga) dan Kampung Roban (5 keluarga). “Ia merupakan […]

Musa’adah Covid-19 di Bahagian Sibu

SIBU – Program YADIM Peduli: Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di bahagian ini dengan sebanyak 19 keluarga menerima sumbangan. Secara pecahan, program pada 7 Mei ini menyaksikan dua keluarga menerima sumbangan di Sibujaya manakala selebihnya (17) keluarga di Tanjung Latap di sini. Majoriti penerima ialah golongan asnaf yang terkesan dengan musibah […]

YADIM Sarawak santuni Saudara Kita

SRI AMAN  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 3 Mei lalu telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 48 keluarga Saudara Kita di sekitar bandar ini. Kesemua penerima merupakan mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan. Antara kawasan yang disantuni dalam program Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak ini ialah […]

3 keluarga di Semariang Tumtum, Semerah Padi dibantu YADIM Sarawak.

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, meneruskan gerak kerja dakwah dan menyantuni pihak terjesan dengan Covid-19 di sekitar bandar raya ini. Pada 28 April, menerusi program Musa’adah Covid-19, dua keluarga di Kampung Semariang Tumtum dan sebuah keluarga di Kampung Semerah Padi di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian. Ketiga-tiga individu yang dibantu tersebut […]

Tiada diskriminasi, YADIM Sarawak bantu OKP B40

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyantuni Orang Kena Pemantauan (OKP) B40 di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Ong Kee Hui, di sini pada 23 April. Seramai 45 OKP menerima sumbangan pek berkenaan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat. Menurut Awang, OKP yang disantuni kebanyakkanya bekerja […]