YADIM Peduli bersama Menteri di JPM di Chendering Ahad ini

PUTRAJAYA – Komited dengan rancangan untuk menyantuni 1,000 asnaf di kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Terengganu akan melaksanakan program Yadim Peduli Pasca Musa’adah Covid-19 Warga Nelayan Negeri Terengganu Ahad ini (19 Julai). Program yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al […]

120 keluarga nelayan PNK Kuala Terengganu Utara disantuni YADIM Terengganu

SEBERANG TAKIR – Warga nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Utara di sini, menjadi kumpulan terkini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19. Dalam satu majlis ringkas di pejabat PNK Kuala Terengganu Utara di sini pada 16 Julai, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, […]

Musaadah Covid-19 di PNK Kuala Terengganu Selatan

KUALA IBAI – Siri kelima program menyantuni keluarga nelayan dari kalangan asnaf yang terkesan dengan musibah Covid-19 di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang terbaharu, diadakan di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Selatan pada 14 Julai. Untuk siri kali ini, seramai 100 nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Terengganu. […]

Asnaf kalangan nelayan disantuni YADIM Terengganu

SETIU – Komited dengan hasrat menyantuni asnaf daripada kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 9 Julai telah turun padang ke daerah ini bagi tujuan itu. Menerusi program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19 YADIM Terenganu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan Persatuan Nelayan Daerah Setiu, […]

100 nelayan Besut disantuni YADIM Terengganu

BESUT – Inisiatif menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19 di Terengganu diteruskan di daerah ini pada 25 Jun oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Program ini yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Terengganu Utara menyaksikan seramai 100 nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian. Mewakili LKIM dalam program Yadim Peduli: […]

Musaádah Covid-19 diteruskan di Kemaman

KEMAMAN – Inisiatif membantu masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan di tiga kampung di sini pada 17 Jun. Program tersebut memberi manfaat kepada 100 keluarga di Kampung Geliga, Kampung Geliga Baru dan Kampung Kuala Kemaman. Para peserta menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Majoriti penerima adalah penduduk kampung yang […]

YADIM Terengganu sasar santuni 1000 nelayan

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menyasarkan untuk menyantuni seramai 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19. Pengarahnya, Mahadi Awang berkata usaha tersebut akan diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan persatuan nelayan yang dikenalpasti. “Inisiatif ini kerana mereka merupakan salah satu kluster yang terjejas teruk […]

YADIM Terengganu santuni asnaf perkampungan nelayan di Seberang Takir

KUALA NERUS – “Ada yang seminggu turun ke laut, tetapi hasil pendapatan tidak seberapa, tak lepas pun untuk bayar minyak bot. “Tangkapan juga kurang, sedangkan sekarang sudah masuk musim mencandat sotong,” demikian antara keluhan nelayan yang ditemui dalam Program YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 YADIM Terengganu pada 21 Mei. Sebanyak 10 buah keluarga di perkampungan nelayan […]

Kerjasama YADIM Terengganu-PERKIM

TELAGA MENGKUDU – Kerjasama dalam aspek dakwah dan kesukarelawanan antara agensi atau badan bukan kerajaan Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini terus dipertingkatkan. Terbaharu pada 17 Mei, YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu mengadakan kerjasama dalam pengagihan sumbangan kepada golongan muallaf yang memerlukan di negeri ini. Sebanyak 60 pek […]

Bekas peserta TOM bantu Musa’adah Covid-19 di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu masih diteruskan dan terkini, Marang dan daerah ini menjadi lokasi terbaharu. Program di Kuala Terengganu diadakan pada 15 dan 17 Mei meliputi kawasan seperti Kampung Losong, Flat Ladang Gemilang, Kuala Ibai, Kampung Tok Kaya, Kampung Kuala Bekah, Kampung Batu Buruk, Kampung Pasir Panjang, […]