Dr Zulkifli puji usaha Yadim jaga integriti Islam ketika penularan COVID-19

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menjaga integriti Islam ketika penularan Covid-19 menerusi penganjuran Program Cuci-cuci Masjid Pasca Covid-19 dan Musa’adah Covid-19. Menurutnya usaha yang diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sosial dan kebajikan itu menepati sebahagian hukum yang diperintah oleh […]
Menteri di JPM rasmi Cuci Cuci Masjid Pasca Covid-19

DESA PETALING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 7 Jun telah merasmikan program Cuci Cuci Masjid Pasca Covid-19 & Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program anjuran Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM itu diadakan di Masjid Al Khasyi’in di sini, dengan kerjasama Jabatan […]
60 penduduk Jasin terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

JASIN – Inisiatif membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 di Melaka kini dilaksanakan di daerah ini pula. Menerusi program YADIM Peduli: Jelajah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Peringkat Daerah Jasin yang dilancarkan pada 2 Julai, seramai 60 keluarga di daerah ini bakal menerima manfaat daripadanya. Kesemua mereka menerima wang tunai dan barangan keperluan harian. Yayasan Dakwah […]
SADAKA bersama DMFK di YADIM

PUTRAJAYA – Bertujuan meningkatkan kompetensi pegawainya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 Julai telah mengadakan bengkel ‘Serlahkan Adiwira Dalam Kepimpinan Anda’ (SADAKA) yang menampilkan tokoh motivasi tanahair, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Bengkel setengah hari ini dihadiri oleh pegawai gred 44 dan ke atas YADIM. Antara pengisian Fadzilah dalam bengkelnya ialah ciri-ciri kepimpinan dalam […]
Musaadah Covid-19 di Perak

GUNUNG SEMANGGOL – Perak merupakan destinasi terkini program menyantuni golongan terkesan dengan musibah Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah Gunung Semanggol di sini serta Masjid Istiqlal Taman Mewah, Kamunting, seramai 200 individu dari kalangan keluarga dikenalpasti memerlukan, disantuni Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik (BPNRS) YADIM pada hari pertama Program […]
Perkongsian pengalaman lapangan bersama Uncle Kentang

PUCHONG – Sesuai dengan hasratmelahirkan pendakwah yang mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) didedahkan kepada situasi sebenar dakwah di lapangan. Bertempat di perkarangan Restoran Maju Utama di sini pada 27 Jun, bermula 10 pagi , seramai 21 pelatih DMY yang turut di sertai 3 penyelaras DMY 2020 telah […]
21 DMY tamatkan kursus Tekno Daie di MMU

CYBERJAYA – Seramai 21 pelatih Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) telah menamatkan kursus Tekno Daie selama lima hari di Universiti Multimedia (MMU) di sini. Kursus bertujuan melahirkan pendakwah muda yang mahir menerbitkan video itu dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama MMU dan TV Al Hijrah bermula 22 Jun. Dalam majlis penutupan […]
Penerima Anugerah Ibu Mithali ketujuh meninggal dunia

KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7, Kamariah Alang Mat Nasid, 92, meninggal dunia di sini pada 25 Jun. Berita sedih itu dikongsi Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Shah Mohamad Salleh dalam posting di laman Facebook miliknya. Ahmad Shah yang juga Exco Majlis […]
YADIM, Baitul Sumayyah bantu ibu tunggal Flat Kampung Sungai Koh

MANJUNG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kesukaran yang berpunca daripada Covid-19, tanpa mengira latar belakang. Pada 24 Jun, bertempat di Flat Kampung Sungai Koh di sini, seramai 30 ibu tunggal dan asnaf yang tinggal di flat berkenaan menerima sumbangan daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM. […]
Wawasan-Mawar YADIM santuni ibu tunggal

SUNGAI BESI – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia (Wawasan) pada 17 Jun telah menyantuni seramai 30 wanita sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu telah memberi manfaat kepada wanita yang menjadi ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal […]