Betul boleh masuk masjid?

KULIM – “Betulkah boleh masuk masjid, bukan hanya untuk orang Islam saja? “Bertahun tahun kami duduk di sini, ini pertama kali dapat jemputan seperti ini,” kata seorang penduduk bukan Islam di sini apabila diajak menyertai program Street Dakwah & Mosque Tour anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Sebahagian komuniti bukan Muslim di kawasan ini […]

Program Khidmat Bakti SAR  Kuala Langat

SIJANGKANG – Pasukan Sukarelawan Ar Rahmah (SAR) Kuala Langat meneruskan program berbentuk khidmat sosial mereka apabila terbaharu mengadakan dua program sempena Hari Kebangsaan. Program Khidmat Bakti Ziarah Kasih dan Sumbangan ini bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik di sekitar daerah Kuala Langat. Seawal jam 8 pagi pada 31 Ogos lalu, ahli ahli SAR Kuala Langat, […]

Program Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga untuk wanita Tumpat

TUMPAT – Sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan sebuah program khusus untuk kesedaran wanita tentang keganasan. Program bertajuk Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Pertubuhan Cakna Rakyat Tumpat Kelantan pada 31 Ogos. Seramai 150 peserta dari masyarakat […]

Keputusan Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM

PUTRAJAYA – Selepas penelitian secara terperinci, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), telah membuat keputusan berhubung Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM. Para pemenang telah dipilih oleh ahli panel MAWAR secara telus tanpa dipengaruhi mana mana pihak. Satu majlis rasmi bagi menyerahkan hadiah kepada para pemenang dan pengumuman logo akan diadakan dalam […]

#QuranHour@OrangAsliGombak

GOMBAK – Usaha untuk memberi kesedaran bagi mendalami Al Quran perlu konsisten dilaksanakan bagi memastikan kandungan  kitab suci itu sentiasa dihayati dan diamalkan. Justeru, bersempena dengan penganjuran Malaysia #QuranHour, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan YADIM Selangor pada 30 Ogos telah bekerjasama menganjurkan program #QuranHour@OrangAsliGombak di Bukit Kala di sini. Menerusi […]

Program rintis Salam ASEAN berjaya

YALA – Program Reaching Out Love Together (ROOT) anjura Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Yala dan Patani, Thailand yang merupakan program rintis Salam ASEAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 31 Ogos lalu. Program ini yang mendapat kerjasama YADIM melalui modul Salam ASEAN yang […]

Forum Hal Ehwal Islam Hulu Terengganu

FELDA MENGKAWANG – Kembara Rahmah Peringkat Daerah Hulu Terengganu diteruskan dengan majlis ilmu pada sebelah malam. Bertempat di Masjid Felda Mengkawang di sini, telah diadakan Forul Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Islam Rahmah Untuk Semua’, sebagai pengisian kepada program Kembara Rahmah Hulu Terengganu. Ia menampilkan Timbalan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain […]

Yayasan Usuluddin mahu bernaung di bawah YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM), sebuah badan dakwah yang memfokuskan kepada pendidikan dan kebajikan, menyatakan hasrat untuk bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hasrat tersebut disampaikan oleh Pengasasnya, Dr Mohamad Kamil Abdul Majid dalam kunjung hormatnya ke ibu pejabat YADIM di sini pada 29 Ogos. Hadir bersama beliau ialah Ahli Lembaga Pengurus […]

Pesakit Hospital Hulu Terengganu disantuni YADIM

HULU TERENGGANU – Seramai 65 pesakit disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Ziarah Rahmah ke Hospital Hulu Terengganu pada 29 Ogos. Program ini merupakan anjuran bersama YADIM, Hospital Hulu Terengganu dan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Sumbangan berupa makanan keperluan harian dan kain itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Yang Berhormat Dato’ […]

Seminar Rahmatan Lil Alamin ke Terengganu

HULU TERENGGANU – Seminar Rahmatan Lil Alamin anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan siri jelajahnya ke negeri ini, apabila ia diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini pada 29 Ogos. Ia merupakan anjuran bersama YADIM dan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Seramai 250 peserta menghadiri majlis ini. Hadir sama ialah Pengarah YADIM […]