Bicara Dakwah IPD Kuala Muda

KUALA MUDA – Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus diisi dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat. Pada 16 Disember dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA), telah berlangsung program Bicara Dakwah di Surau As Sakinah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini. Seramai 50 peserta dari […]

Penduduk Taman Ria Jaya, Flat Paya Nahu terima sumbangan Deepavali

SUNGAI PETANI – Komuniti India yang memerlukan di Parlimen ini terus mendapat perhatian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Selepas Pekan Lama dan Taman Keladi, sumbangan disampaikan pula kepada penduduk Taman Ria Jaya dan Flat Paya Nahu di sini pada 3 November. Sebanyak 40 pek sumbangan untuk golongan B40 disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, […]

60 pek makanan untuk komuniti India Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Beberapa aktiviti menyantuni komuniti India di negeri ini telah diadakan sempena Deepavali yang akan menjelang pada Khamis (4 November ini). Selepas Bandar Darulaman sebelum ini, pada 2 November dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan, komuniti India di sini pula disantuni menerusi pemberian 60 pek makanan. Mengambil semangat Keluarga Malaysia dan hasrat […]

Sumbangan Deepavali sempena Bulan Dakwah

PEKAN LAMA – Sehari sebelum masyarakat India menyambut Deepavali, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 November terus menyantuni rakan rakan daripada kaum tersebut  yang kurang berkemampuan.  Seramai 20 keluarga disantuni dengan pemberian barangan keperluan di sini. Program yang dijayakan bersama rakan badan bukan kerajaan ini, dihadiri oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai […]

Bulan Dakwah 2.0:  Musa’adah Covid-19 sekitar Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni komuniti beberapa kampung di sekitar daerah ini. Menerusi program YADIM Peduli – Musa’adah Covid-19, 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Meriam, Kampung Sungai Meriam dan Taman Sidam menerima sumbangan barangan keperluan harian pada 16 Oktober. Dalam […]

Rohani Ismail terima bantuan YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada ramai penduduk. Akibatnya, bukan sahaja ramai yang kehilangan sumber pendapatan malah ramai yang dipotong gaji. Rohani Ismail, seorang gadis yang baru berumur 22 tahun. Anak sulung yang bertanggungjawab untuk mencari rezeki demi kelangsungan keluarganya. Bapanya hanya bekerja mencari dan menjual barang-barang kitar semula […]

Komuniti 4 kampung terima bantuan YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Dengan kerjasama Pusat Komuniti Bahagian Sungai Petani, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 September telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas di empat perkampungan di sini. Seramai 30 keluarga iaitu di Kampung Padang Buloh, Kampung Alor Perlun, Kampung Padang Mahligai dan Kampung Banggol Sidam disantuni. Asnaf yang disantuni terdiri daripada ibu […]

Edaran bubur Asyura untuk penduduk Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena sambutan Bulan Kemenangan dan Maal Hijrah 1443H, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di sini telah bekerjasama memasak dan mengedarkan bubur Asyura pada 5 September. Dua kawah bubur disediakan secara bergotong royong oleh 40 ahli SAY Sungai Petani, SAY Pendang dan SAY Padang Serai. Sebanyak 100 pek bubur kemudiannya diedarkan secara […]

Kerjasama YADIM – Persatuan Bekas Tentera santuni warga Taman Kempas

SUNGAI PETANI – Persatuan Bekas Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (PBKKU Malaysia) sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyantuni komuniti kawasan ini. Kali ini di Taman Kempas di sini apabila 11 keluarga yang memerlukan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Hujan yang turun tanpa henti tidak menghalang PBKKU dan YADIM Kedah […]

180 Jalur Gemilang Diedarkan Di Pasar Awam Tikam Batu.

TIKAM BATU – SEKITAR acara mengedarkan sebanyak 180 bendera  Jalur Gemilang kepada kepada peniaga gerai dan orang ramai di Pasar Awam Tikam Batu di sini. Program pada 29 Ogos ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ketika ini. Pengerusi Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani, Basor Harun dan Pengerusi Belia 4B Sungai Petani, […]