YADIM, FGV bincang teroka bidang perniagaan, dakwah bersam

KUALA LUMPUR – Ruang lingkup dakwah tidak seharusnya berlegar di masjid, surau, bilik kuliah atau dewan semata mata. Justeru, dengan hasrat meneroka peluang dan ruang melestari gerakan dakwah, YADIM pada 27 Jun telah mengadakan perbincangan jalinan kerjasama strategik dengan FGV Holdings Berhad (FGV) di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini. Perbincangan selama hampir dua jam […]

YADIM, KEMENAG RI fokus dakwah generasi muda

PUTRAJAYA – Pembangunan kandungan dakwah digital dan program dakwah untuk generasi muda ialah antara fokus cadangan kerjasama antara YADIM dan Kementerian Agama Jakarta Republik Indonesia (KEMENAG RI). Menerusi perbincangan berkenaan kedua pihak bersetuju, fokus program perlu diberikan kepada generasi muda menggunakan kaedah dan jalan yang dekat dengan golongan berkenaan. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan […]

Latihan, filem dakwah, kebajikan tumpuan kerjasama YADIM – FINAS

KUALA LUMPUR – Dakwah yang berkesan hari ini mestilah bukan sahaja kreatif dan luar kotak, tetapi juga lebih berkesan jika dilaksanakan secara bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik, bukannya usaha sendirian semata mata. Sebagai melestari gerakan dakwah di negara ini, YADIM mesti mengambil sikap proaktif dan berusaha melaksanakan usaha berkenaan dengan berkesan dan inovatif. Justeru kunjungan […]

Dakwah berkebajikan untuk 500 warga Taman Dato’ Senu menerusi Souq@YADIM

SENTUL – Kira kira 500 orang penduduk Taman Dato’ Senu di sini menerima manfaat menerusi program Souq@YADIM yang diadakan pada 27 April. Mereka yang hadir ke Madrasah Raudhatul Muttaqin di sini menerima set keperluan Aidilfitri berupa barangan dapur seperti ayam segar, telur, bawang dan sayur-sayuran. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam […]

Futsal Belia Cinta Masjid YADIM Pahang

KUANTAN – Seramai 96 orang remaja sekitar Parlimen Indera Mahkota menyertai pertandingan Futsal Belia Cinta Masjid (BCM) YADIM Negeri Pahang pada 13 Mac. Program bertempat di Playground 6 Semambu Kuantan ini melibatkan sebanyak 12 pasukan masjid dan surau iaitu dari : 1. Masjid Balok Baru 2. Masjid Kampung Padang 3. Masjid Balok Makmur 4. Masjid […]

Mohd Fadhil Yahya pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM

CYBERJAYA – Daie Muda Mohd Fadhil Yahya dinobatkan selaku pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM dalam pentas akhir yang diadakan di sini pada 5 Mac. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al Azhar ini yang bakal menimang cahaya matanya yang kedua,  membawa pulang piala iringan, wang tunai RM15,000, tajaan mengerjakan umrah bernilai, produk […]

Pemukiman bentuk hala tuju menjelang jubli emas YADIM

KUANTAN – Dua tahun lagi menjelang sambutan 50 tahun penubuhannya, YADIM mensasarkan untuk kekal sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini. Tidak mahu selesa dengan pencapaiannya ketika ini, YADIM mengadakan pemukiman di sini bagi merancang hala tuju gerakan dakwahnya sehingga tahun 2024. Disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi serta para pengarah bahagian dan […]

Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022

MERBOK – Dalam usaha untuk memastikan gerakan dakwah dalam setiap komuniti di Kedah berjalan dengan lancar dan merealisasikan hasrat melahirkan pendakwah berkualiti, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022. Program selaman dua hari pada 11 dan 12 Februari  yang diadakan di Damai Park Resort di sini, telah disertai oleh 50 orang peserta dari […]

YADIM cadang enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia

PUTRAJAYA – Selaras dengan hasrat untuk memperluaskan kerjasama dan inisiatif dakwah ke peringkat antarabangsa tahun ini, YADIM pada 9 Februari telah menawarkan sebanyak enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia. Dewan Dakwah Islamiah Indonesia merupakan sebuah organisasi dakwah terkemuka di negara jiran itu yang mempunyai cawangan di 32 provinsi di sana. Enam bidang tersebut […]

48 tahun YADIM di dunia dakwah

BANGI – Agensi dakwah negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyambut ulang tahun ke 48 dalam suasana serba sederhana hari ini (25 Januari), namun dengan penuh ingatan bahawa perjuangan dakwahnya masih jauh. Dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama mantan mantan Yang Dipertua, kakitangan dan pengurusan tertingginya, YADIM mengenang kembali sejarah penubuhan dan pada masa […]